Friday 14 November 2014

Motif rasa penat?

Assalamualaikum.

Hari ini ana nak kongsi sikit tentang berbakti dan berdakwah. Ana sebagai mahasiswi, sungguhnya dulu ana semasa first year, ana tak ikut sangat aktiviti yang memberi sumbangan tenaga kepada masyarakat. Ana pergi kelas, balik kelas, tidur, pergi usrah dan ulang benda sama setiap hari. Walaupun ana dah join usrah masa ni, ana tak rasa lagi kemanisan usrah dan kemanisan tarbiyyah ni. Hingga suatu hari ana join STEP (Step Toward Effective Person), yang  telah membuka mata hati ana dengan mempersoalkan apa yang ana dah buat untuk tolong agama Allah SWT. 

Dah berapa ramai sahabat Nabi SAW syahid, berapa ramao umat Islam yang telah terkorban dibunuh kejam untuk menegakkan Islam. Berapa ramai? Berapa? Selama ni ana tak sedar. Ana menangis teresak-esak. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku?

Kpop? K-drama? Majalah hiburan? Melodi? Akademi Fantasia? Anugerah Skrin? And the list goes on and on. 

Tapi itu dulu. Ana dah tekad untuk nak “Sayonara Jahiliah”, dan ana bersyukur Allah telah tunjukkan ana jalan ini. Alhamdulillah. Doakan ana moga tsabat.

Jadi, ana sekarang agak sibuk untuk seimbangkan dakwah dan pelajaran ana. Dua-dua penting. Dua-dua kena seiring. Ana baru belajar, so, agak susah bagi ana untuk biasakan diri.
Satu hari tu, ana balik pukul 11 malam, sebab baru habid kafilah dakwah di sebuah kolej. Roomate ana masa tu belum tidur. 

Dia tanya ana, “Tak letih ke, keluar pagi balik malam. Setiap hari macam tu.” Lebih kurang macam tu soalan dia.

Ana terdiam sejenak berfikir jawapan.  Then, ana jawab. “Motif nak rasa letih?”

Terkedu roomate ana.

Kenapa ana jawab macam tu? Sebab ana nak cakap, tak ada alasan untuk rasa letih jika kita dah faham dan dah hadam  kemanisan dakwah. Dan apa motif untuk rasa letih jika ini adalah satu cara kita balas nikmat Allah, nikmat oksigen, nikmat muka hensem/cantik dan macam-macam nikmat lagi. So, istilah letih tak boleh wujud dalam kamus seorang “Daie”. 

Ana bukan berniat untuk kasar. Tapi ana nak tegas sikit. Sebab ana nak orang fikir kerja dakwah itu tak letih jika kita niat kerana Allah. Sungguh. Ana suka. Tambah-tambah dapat jumpa akhwat lain time KD. 

So, kesimpulannya ana nak cakap, even kita sibuk dengan assignment yang berlambak sampai tak muat meja, luangkan sikit je waktu untuk berbakti atau berdakwah. 

Kerana apa?

Rasulullah SAW bersabda, “Sebarkanlah ajaranku walaupun sepotong ayat.”

Wallahualam.

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments: