Wednesday 19 November 2014

Jaga Hati Dari Mencintai

Assalamualaikum.

Ana ada cerita nak kongsi. Allahu. Sekarang bila berada di jalan tarbiyyah dan dakwah ini, baru ana faham kenapa ikhtilat perlu jaga betul-betul.

Kenapa? Kenapa?

Macam ni kisahnya.
 
Ana ada join satu persatuan yang sangat jaga ikhtilat. Apa-apa program mesti kena jaga ikhtilat dan program tak akan bercampur antara akhwat (perempuan) dan ikhwah (lelaki). Memang bagus la persatuan ni.

Tapi tiba-tiba ada satu program ni disebabkan memerlukan tenaga lelaki, kami terpaksa buat program bersama ikhwah. 

Buatlah program sama-sama.

Pada hari kejadian tu, ana ada ternampak seorang ikhwah ni. Nampak baik dan suci sangat muka dia. Tetiba ana terjatuh. Terjatuh hati pada dia. Astagfirullahalazim. Ana cepat-cepat beralih arah, sedar apa yang ana rasa salah. 

Tapi, fitrah manusia. Bila dah suka, asyik nak terpandang. Pandang lagi. 

Lepas habis program, ana still teringatkan ikhwah tu. Ana istigfar banyak kali. Ana ingat Allah balik. Baca buku banyak-banyak supaya ingat Allah. Ana tak boleh cinta manusia lain selain penciptaNya dan Rasulullah. 

Setiap hari ana cuba nak lupakan ikhwah ni. Dan akhirnya ana berjaya.

Apa yang ana nak cakap kat sini. Jaga ikhtilat tu sangat penting. Ana yang dah ditarbiyyah ni pun boleh tewas sekejap. Permainan syaitan yang sangat licik nak menjatuhkan anak cucu Adam.

Ya Allah. 

" Aku mohon jauhkan rasa cinta terhadap manusia ini, biarlah aku hanya mencintaiMu, Ya Rabb. "

Tarbiyyah adalah jalan penyelesaiannya.

Wallahualam.


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments: