Saturday 8 November 2014

Pengalaman Murabbiah

Assalamualaikum.

Ana nak kongsi sedikit cerita dari apa yang ana dapat sejak bergelar murabbiah. Ana ilmu bukanlah tinggi mana, tarbiyyah pun tak berapa lengkap lagi nak gelar diri ana seorang murabbiah, tapi InsyaAllah ana akan cuba, sebab selagi kita tak nak berusaha selagi itulah kita berada di takuk lama.

Tadi merupakan usrah kedua ana sepanjang ana menjadi murabbiah. Ana kira masih lagi perjalanan ana, dan ana boleh dikatakan newbie dalam dunia murabbi.

Akhir sekali tadi, co-murabbiah ana ada tanya mutarabbi ana apa pendapat mereka tentang usrah ni. Co-murabbiah ana, orang hebat. Ayat dia semua best-best, ana yang dengar pun thiqah dengan dia, apatah lagi mutarabbi. Allahu. Moga Allah permudahkan ana.

Ada seorang adik ni, menangis sebab terharu Allah tolong dia permudahakan urusan PTPTN dia. Dia cakap mungkin di keberkatan yang dia dapat sepanjang join. Sebab ini first time dia join usrah. Ramai mutarabbi ana yang dah second, third usrah. So,dia menangis. Dia kata, lepas join usrah. Dia lebih tenang dan lebih dekat dengan Allah. Dia macam ana dulu. Mudah menangis kalau cakap pasal Allah bagi hidayah. Ana menangis juga beritahu murabbiah ana.

So, benda sama berulang. Cuma situasi sekarang dia mutarabbi ana. Ana tersentuh juga. Dia tak bertudung labuh, tidak berstongan dan tidak berstokin. Tapi ana yakin suatu hari nanti dia akan ubah semua tu. Masa yang akan menetukan. Kalau ana mesej ada usrah, laju je dia mesej balik. Bagus sangat dia.

Hati manusia, Allah yang pegang. InshaAllah ana tak lupa doakan dia diberi hidayah dan pertolongan dari Allah. '

Doakan ana.

Wallaualam.


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments: